Monday, January 16, 2017

Pakej Murah Vs Pakej Mahal

Biasa kan dengan harga pakej percutian yang kita dapat. Dan harga adalah salah satu faktor yang biasanya kita akan tengok. Bukan sekadar tengok. Harga jugak yang biasanya menentukan sama ada kita beli atau tak pakej tu. Dan satu lagi, harga biasanya kita letakan sebagai 1st priority untuk kita buat keputusan. 

Sebenarnya zaman dah berubah kan. Dulu masa zaman Proton mengeluarkan first model of the company, iaitu SAGA, ada cerita cerita daripada orang (yang sumbernya tak sahih) bagitau yang material kereta proton tu diperbuat daripada tin biskut, dan bila berlaku kejadian kemalangan, nampak la segala design tin biskut tu. Bila dah besar, saya berpeluang untuk mengetuai sebuah syarikat metal stamping. Dan salah satu produk yang kami hasilkan adalah pintu kenderaan. Malangnya, apa yang saya dengan selama ini adalah mitos. Betul jugak, mana la ada tin biskut orang nak kutip, then nak cantumkan satu persatu, untuk di buat pintu kereta. Sangat tidak kos efficient. Tapi, ada trick yang mana kita boleh dapat pintu dengan harga yang murah (untuk kereta murah) dan pintu yang mahal (untuk kereta mahal). 

Kalau dalam bidang pelancongan, pun perkara sama akan berlaku. 

Berikut adalah beberapa sebab mengapa kita biasanya disajikan dengan harga yang murah

1. Banyak kos tersembunyi
Banyak agen sama ada secara online atau offline akan memberikan harga basic. Harga basic bererti harga tidak termasuk itu dan ini. Contohnya, Pakej 3H2M ke Krabi, Thailand, berharga RM299. Macam tak percaya, tapi rupa rupanya harga tersebut hanya untuk penginapan di motel. Ada jugak yang cuma masukan harga bilik, tidak termasuk pengangkutan semasa di tempat percutian, tidak termasuk makan minum, tidak termasuk tipping, tidak termasuk dobi dan sebagainya. Bila tiba hari percutian, nak masuk sini kena bayar, nak masuk situ kena bayar, nak kena bagi driver tipping,  nak bagi tour guide tipping dan sebagainya. Pening kan?

2. Low grade
Harga yang murah juga sering dikaitkan dengan penggunaan servis yang low grade. Banyak contoh sebenarnya. Antaranya penggunaan tour guide yang tak ada lesen, penggunaan hotel penginapan ala ala kadar, penggunaan hotel budget (ingatkan hotel 5 bintang hehehe), makanan yang tak tau halal haramnya, atau makanan yang bukan di restoran dan sebagainya. 

3. Penipuan
Banyak kes penipuan pakej percutian termasuk pakej umrah yang biasanya menawarkan harga yang gila gila murah. Mau tak kelabu mata kalau pakej umrah biasa RM6999, tapi ada agen (kononnya agen la) bagi separuh harga. Dan dia akan bagi pelbagai alasan yang munasarawak kenapa dia boleh harga macam tu. Antaranya sebahagian daripada kos ditanggung oleh dato itu ini, koperasi dan sebagainya. At the end, kapal terbang balik dari tempat percutian tak muncul muncul. Paling teruk lagi, tak dapat nak pergi langsung. Bukan satu kes tau yang macam nie. Dah banyak sangat kes dah. Setiap tahun ada je yang kena tipu. Alasan kononnya kita beli pakej dengan orang yang kita kenal dan lali dah saya dengar. Orang yang kita kenal tu la yang kenakan kita balik. 

4. Tak dapat apa yang dikatakan. 
Biasanya bila kita beli sesuatu pakej, kita kena tengok apa yang termasuk dan apa yang tak termasuk dengan harga tu. Contoh, harga termasuk mineral water, tapi bila on the travel date, mineral water tak dapat pun. So kalau pakej 40 orang satu bas, patut dapat mineral water sorang satu, tapi tak dapat, so kira jimat RM40 la kan. So boleh la bagi harga rendah. Yang kita ingatkan dapat la menghilangkan dahaga dengan mineral water tu. Atau pun, contoh lain, patutnya ada tour guide, tapi rupanya driver tu la tour guide. Emmm... 

5. Tak pergi tempat yang berbayar
Ada syarikat yang menawarkan pakej murah, then dia ada tulis sekali nama tempat tu. Contohnya melawat Universal Studio Singapore. Orang lain buat pakej ke USS, tiket je dah RM220. Tapi dia buat pakej tu RM200 siap ke USS dan Garden By The Bay lagi. Sekali rupanya, bukan masuk pun ke USS, cuma singgah ambil gambar je... Padan la murah.. 

Ok, tu je sedikit perkongsian dari kami. Moral of the story, sebelum beli, kena tengok tengok dulu apa yang kita akan dapat dengan harga yang kita bayar. Tak salah pun nak bertanya. Yang penting kena tanya dulu sebelum beli. Bukan lepas balik dari melancong, banyak sangat persoalan yang timbul. Hehehe.. Selamat melancong. 

Sunday, January 15, 2017

Pakej Percutian Sehari Ke Johor Baharu

Johor Baharu merupakan ibu negeri Johor. Terletak di selatan negeri Johor dan Malaysia. Dan ianya merupakan pintu masuk ke Malaysia melalui jalan darat iaitu Tambak Johor dan 2nd Link serta melalui laut iaitu Tg Belungkur, Kukup dan Nusajaya. Juga boleh diaccess melalui jalan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. 

Ok, sebenarnya Johor dan Singapore hanya dipisahkan oleh Selat Johor je. Sangat dekat, cuma perlu mengambil masa yang lama jugak untuk ke Singapore, sebab jalan yang selalu sesak di Tambak Johor atau 2nd Link. So, kalau ada planning nak ke Singapore, tak salah rasanya kalau singgah ke Johor Baharu dan jalan jalan di Johor Baharu. 


Pakej 1 - Pakej Percutian Sehari Ke Johor Baharu

Bertolak daripada tempat penginapan kira kira jam 8 pagi. Kami cadangkan, dah alang alang sampai di JB, try la makanan orang tempatan. Tak kira la sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam. Selepas di jemput  dari tempat penginapan, kami akan bawa anda sarapan pagi di beberapa tempat makan yang menyediakan menu orang Johor seperti Lontong, Laksa Johor, lempeng dan sebagainya. 
 
Selepas itu, anda akan dibawa ke Bandar Johor Baharu. Disini anda boleh melawat Mesjid Sultan Abu Bakar, 
 
alau stay di Johor Baharu, Johor Baharu kira kira jam 8 pagi. Terus ke Singapore. Kalau belum sarapan, kami akan bawa anda sekeluarga untuk bersarapan di Mr Teh Tarik Eating House. Di Geylang Serai. Selepas itu, terus ke Arab Street - Melawat Malay Heritage, Mesjid Sultan, membelibelah cenderahati, makan tengahari di Restoran Hjh Maimunah. Melawat Little India - Seranggon St, membelibelah di Mustafa Center. Seterusnya melawat China Town - Buddha Tooth Relic Temple & Museum, food street. Melawat kawasan Marina - Garden By the Bay, Merlion Park dan Marina Bay Sand. Seterusnya pulang ke JB kira kira jam 8 malam

Harga Seorang
Dewasa RM150*
Kanak kanak RM100*

Harga termasuk
Pengangkutan sepanjang lawatan, driver, autopass, ERP, toll

 
Harga tidak termasuk
Makan, tempat tinggal, perbelajaan peribadi

Minimum to go 
6 orang
 
Add On (Option)
Penginapan di homestay RM280
(Sesuai untuk keluarga 3 hingga 10 orang)
 
Penginapan di hotel 1* RM130
(Twin share, tanpa sarapan pagi, sesuai untuk 1)

* Harga yang tertera adalah sesuai untuk minimum 6 orang, sekiranya kumpulan anda kurang atau lebih dari 6 orang, anda boleh mendapatkan harga yang lain, yang lebih sesuai

Pakej Percutian Sehari Ke Batam


Pakej Percutian Sehari Ke Batam

Pakej Percutian 2 Hari 1 Malam ke Batam


Pakej Percutian 2H1M Ke Batam

Promosi Pakej Percutian ke Batam Musim Cuti Sekolah 2018


Kalau dalam satu family wife dan husband adalah orang yang bekerja, dan anak anak masih sekolah, masa yang kita ada setiap minggu cuma sabtu ahad je. Maksudnya, kita tak kerja dan anak anak pun tak sekolah pada masa tu. Lebih malang lagi, kalau kita kerja sabtu halfday, so hari yang boleh gathering satu family cuma ahad je. Kalau member member di Johor, lagi la kesian. Anak anak cuti jumaat dan sabtu, tapi jumaat confirm mak ayah kerja punya. So hari yang free cuma sabtu je. Abis tu, kalau sabtu kita keja halfday, bila masanya nak spend masa dengan family. Mencabar kan dunia sekarang nie. Masing masing kejar dunia je. 
Kek Lapis Batam

Harapkan cuti sekolah la jawabnya. Kita kena ambil cuti dua tiga hari, untuk anak anak. 

Cuti sekolah yang akan datang nie dah plan lom nak kemana? Apa kata kita jalan ke Batam. Jom. Lagiun cuti sekolah penggal ke dua pun dah nak dekat dah nie. Cuti sekolah Kedua adalah dari Aug 17, 2018 hingga Aug 25, 2018.  Cuba tengok kot kot berkenan dihati ke untuk jalan jalan ke Batam

Pakej 1 : Pakej Percutian Sehari Ke Batam

Pakej day tour nie kami create khas untuk anda satu family. Antara 2 hingga 6 orang dalam satu trip. Dalam sehari tu, spend la sebanyak mana masa berkuality dengan anak anak dan famili. 

Trip nie akan bertolak dari Jeti Stulang Laut, JB dan menggunakan first ferry ke Batam. Ferry akan bertolak jam 7am. So kena ada di Jeti Stulang Laut jam 6am, untuk ticket confirmation. 

Perjalanan akan mengambil masa kira kira sejam setengah untuk ke Batam Center Ferry Terminal. Sampai je di sana, Pak Supir sudah sedia menunggu anda. Confirm bila sampai sana semua lapar kan. So, first point yang kami akan bawa anda adalah bersarapan pagi menu tempatan. Actually bukan setakat menu tempatan je. boleh juga dapat menu international jugak. Bergantung tekak masing masing. 

Selepas itu, Pak Supir akan bawa anda dan family ke Welcome To Batam Hill. Kat sini, boleh la ambil gambar kenang kenangan dan sebagai bukti yang kita pernah sampai ke Batam nie. Kenapa? Sebab monumen Welcome To Batam nie, cuma ada kat Batam je. Tempat lain tak ada. Gitu... 

Selepas itu, kita akan singgah di Mesjid Raya Batam. Mesjdi Raya Batam nie merupakan mesjid yang terbesar di Batam. Sambil menikmati keindahan senibina mesjid, boleh la tunaikan solat 2 rakaat, Dhuha ke, Tahyatul Masjid ke. 
Dataran Engku Puteri
Destinasi seterusnya adalah Jambatan Balerang.  Sebenarnya di Batam nie ada banyak Jembatan Balerang nie. Semuanya ada 6 jembatan. Dan setiap jambatan menghubungkan antara pulau pulau yang terdapat di Batam nie. FYI, di Batam nie, terdapat lebih 30 pulau pulau kecil, yang mainnya adalah Batam. 

Penat berjalan jalan, kami akan bawa anda dan family ke destinasi seterusnya untuk makan tengahari. Anda boleh pilih tempat makan yang anda rasa sesuai dengan tekak dan budget masing masing. Kalau nak makan local pun ada, kalau nak makan western pun ada. 

Lepas makan tengahari, kami akan bawa anda shopping di beberapa mall seperti Khazanah Plaza, Lucky Mall dan BCS Mall. Menariknya tentang Khazanah Plaza nie, barang yang dijual adalah lebih kepada barangan islamik. Telekong, sejadah dan lain lain. Dan menjadi lebih menarik lagi, keuntungan jualan yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan amal. Bantu fakir miskin dan lain lain. So secara tidak langsung, sambil membeli, sambil beramal. 

Tak sah rasanya kalau dah sampai Batam nie, tapi tak bawak ole ole dari Batam kan. So kita akan singgah di Lamoist Batam Centre Point untuk membeli kek lapis buatan Batam. 

Sebelum trip berakhir, dalam perjalanan pulang, kita akan singgah di Dataran Ungku Puteri untuk mengambil gambar kenang kenangan di Batam. 

Harga Seorang 
Dewasa RM440 RM340
Kanak kanak RM400 RM300

Harga termasuk
Tiket pergi balik Stulang Laut - Batam - Stulang Laut, port tax, pengangkutan sepanjang lawatan, driver, parking

Harga tidak termasuk
Makan, tempat tinggal, perbelajaan peribadi, insurance perjalanan

Minimum to go 
4 orang*

Nota
* Harga yang tertera adalah sesuai untuk 4 orang dan ke atas, sekiranya kumpulan anda kurang atau lebih dari 4 orang, anda boleh mendapatkan harga yang lain dari kami, yang lebih sesuai dengan group anda.
* Kanak kanak 5-11 tahun
* Kanak kanak kurang 5 tahun, hanya dikenakan caj tambang pergi balik

Wednesday, January 11, 2017

Mengenai Accurate Travel Sdn Bhd

Mengenai Accurate Travel Sdn Bhd

Accurate Travel Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (Reg No.: KPL7860), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Reg No.: 1120649H) dan Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) (Reg No.: MA4844). 

Secara tidak rasmi, syarikat telah ditubuhkan pada tahun 2008 dimana kami telah mengendalikan pelancong dari pelbagai negara termasuk pelancong domestik melawat ke tempat tempat menarik yang ada diMalaysia. Ini termasuklah pelancong dari Singapore, Indonesia, Vietnam, Brunei, Qatar, UAE dan New Zeland. 

Visi kami adalah menyediakan perkhidmatan pelancongan yang dapat memberi kepuasan kepada pelanggan lalu kami mengorak langkah dengan mendaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang mana ia merupakan syarat utama untuk menjadi agen pelancongan yang diiktiraf oleh kementerian, seterusnya menyediakan perkhidmatan seperti sewaan bas persiaran, sewaan van persiaran, sewaan kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk pandu sendiri, kereta sewa, homestay, bilik hotel, pakej dalam dan luar negara, permohonan visa ke luar negara seperti China dan Australia, tempahan tiket penerbangan dan sebagainya.

Pelanggan yang dihormati, anda boleh menghubungi kami sama ada secara walkin, telefon, fax, sms, email mahupun applikasi whatsapp. Berikut adalah saluran yang anda boleh gunakan;

Walk In
Accurate Travel Sdn Bhd | No 4A Jalan Tembikai 6 | Taman Kota Masai | Pasir Gudang | 81700 | Johor | Malaysia

Phone / Fax
+6072562670

SMS / Phone / Whatsapp
+60127437779 | +60127612279 | +601135952279

Email 
inquiry.accurate.travel@gmail.com | makananginsingapore@gmail.com