Friday, April 28, 2017

Merancang Percutian Ke Batam Bersama Accurate Travel

Akak akak dan abang abang AEON

Syarikat airline besar seperti Airasia, Tigerair, Lionair malah syarikat tempahan bilik seperti booking.com, Trivago dan sebagainya, akan mengenakan caj yang berlebihan dan kadang kadang tak masuk akal hanya kerana tempahan yang kita lakukan pada saat saat akhir. Mungkin kita dah biasa dengan Airasia, syarikat tambang murah Malaysia base, yang biasanya mengenakan harga yang lebih tinggi kalau penerbangan yang kita perlukan adalah pada hari yang sama dengan hari tempahan. Kan? 

Actually, antara sebabnya adalah tempahan pada saat akhir ini biasanya atas alasan urgent dan important. So mereka akan mengambil kesempatan dengan keadaan itu. Yang menariknya, mereka sanggup membiarkan seat tersebut kosong daripada dibeli pada harga yang murah. Memang tak adil kepada mereka yang membeli beberapa bulan yang lepas jika Airasia memberikan harga yang sama dengan last minute booking.

Hari ini, kami terpaksa menolak banyak permintaan daripada pelanggan yang ingin melawat Singapore. Kerana schedule kami untuk beberapa hari ini memang terlalu padat. Kebanyakan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kami, telah menempah 2 hingga 3 bulan yang lepas, dah seharusnya kami perlu memberikan keutamaan servis kepada mereka terlebih dahulu, walaupun ada pelanggan yang baru saja menelefon dan sanggup membayar pada harga yang tinggi. Dan, itu bukan prinsip perniagaan kami, mengaut keuntungan pada peak season, seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pemain industri, terutamanya mereka yang tidak berlesen dan orang perseorangan. 

Moralnya, adalah lebih baik, sekiranya kita ingin bercuti, dan mungkin tempat percutian itu adalah tempat percutian pertama kali yang kita lawati, rancanglah lebih awal apa yang kita ingin buat semasa tempoh percutian tersebut. Bukan apa, perkara yang kita tak rancang biasanya mempunyai kos, dan kos tersebut mungkin akan mengakibatkan budget percutian anda menjadi kacau bilau. 

Boleh je kalau nak minta bantuan daripada travel agent yang anda kenali, atau anda buat buat tanya tentang pakej (seperti yang kebanyakan orang kurang beretika lakukan), atau bertanya kepada kawan kawan atau boleh juga search di internet. 

Kalau anda teringin membawa keluarga anda, sahabat anda, ibubapa, rakan pejabat atau rombongan ditaman perumahan anda ke Singapore, kami sedia membantu anda merealisasikan impian anda. Kami buat terbaik untuk anda. Hubungi kami sekiranya anda memerlukan bantuan berkaitan dengan percutian idaman anda.

Wednesday, April 12, 2017

Melancong Ke Batam, Indonesia?

Bagi yang tinggal di sekitar Johor Baharu, Pasir Gudang, Penggerang dan sebagainya, nama Pulau Batam nie memang tak asing lagi dikalangan mereka. Walaupun Batam merupakan sebuah pulau, tapi jarang orang panggilnya dengan nama Pulau Batam. Biasanya mereka memanggilnya dengan nama Batam saja. 

Kalau nak ikut kisah dongeng, nama Batam nie diambil dari nama 'batang', lama kelamaan, mereka memanggilnya dengan panggilan Batam. Ada jugak kisah lain yang diambil dari buku Gunung Daik, yang mana Batam ni diambil dari dua perkataan iaitu Batu Ampa. Lama lama jadi la Bat(u)am(pa). Kalau nak tahu lagi tentang asal usul Batam nie, kena join kelas sejarah la kot kan. hehe.



Laluan masuk ke Batam nie, kalau dari Johor, kita boleh lalu 2 pintu masuk. Dua duanya melalui jalan laut. Kalau dari Jeti Stulang, feri akan terus ke Batam Center Ferry Terminal. Kalau dari Puteri Harbour Nusajaya, feri akan terus ke Batam Harbour Bay, dan kalau dari Jeti Pasir Gudang, feri akan terus ke Batam Center Ferry Terminal jugak. So, kalau dari Johor, akan sama ada melalui Batam Center atau Harbour Bay la. 

Actually ada jugak pintu masuk melalui udara. Iaitu melalui Hang Nadim Airport. Kalau dari Kuala Lumpur, ada beberapa flight yang nak ke Batam. Antaranya adalah Garuda Airways. As of date, so far Airasia belum ada lagi flight ke sana. Mungkin dalam perancangan rasanya. 

Orang kata Batam nie tak best. Sebab negara miskin. Hehe. Orang punya pendapat kan. Saya tak pernah kata salah dan tak pernah kata betul. Pendapat kan. Tapi, ada orang yang suka ke Batam. Hah, macam mana tu kan. 



Ok sambung balik. Sebenarnya jarak antara Johor dan Batam nie tak la jauh mana pun. Kalau naik feri lebih kurang 1 jam hingga 2 jam, bergantung kepada keadaan cuaca dan ombak. Kalau angin kencang, lambat la sikit. Kalau tak ujan, juragan pun angin bagus, dia pun speeding la. hehe

Yang tak pernah sampai lagi tu, FYI, bahasa pengantar di Batam adalah Bahasa Indonesia. Tapi sebab Batam nie adalah tempat orang orang luar berkumpul dan mencari rezeki, bahasa pun rojak la jugak. Bagi yang berbangsa Cina, mereka lebih gemar berbahasa Tiong Hua, yang dari Madura, Bandung, Makasar dan lain lain pun menggunakan bahasa keselesaan mereka. 

Suhu di Batam lebih kurang sama macam di Malaysia. Panas dan lembap. Suhu normal 30 darjah celcius, kelembapan udara lebih kurang 69%. 



Kalau korang jenis yang suka shopping, suka pantai, suka pulau, suka snorkeling, suka golf, suka budaya dan suka mencuba masakan asing, Batam adalah tempatnya. 

Kalau dulu, 10 tahun lepas, Batam dengan keluasan hanya 1595 kilometer persegi, day trip pun dah boleh cover satu Batam. Tapi sekarang, dengan adanya banyak lagi attraction point yang baru, mungkin kalau nak cover semua, kena spend masa lebih kurang 3 hingga 4 hari untuk cover semua. 

So macam mana? Teringintak nak ke Batam? Jom..

Tuesday, April 11, 2017

5 Budget Hotel Terbaik Di Batam

Bagi sesetengah orang, tempat tido tak penting sangat. As long as boleh lelap, dah ok sangat la tu. Tapi bila usia kita dah meningkat, tempat tido biasanya menjadi salah satu keutamaan kita. Especially, kalau kita jalan jalan makan angin. Pertama, tempat tido dan kedua makan. Betul ke? 

Berikut adalah hotel budget yang saya pernah stay di Batam dan mendapat rate yang bagus daripada pelancong pelancong yang saya bawa. 

Mengambil masa kira kira 5 minit perjalanan dari Batam Center Feri Terminal. Actually Lovina nie ada beberapa hotel lain di Batam. Antaranya Lovina Inn Penuin, Lovina Inn Batam Center dan Lovina Inn Nagoya. 

Lovina Inn Batam Center
So mana mana hotel nie pun ok. Alamatnya di : Komp.Anugrah blok A1 No.1, 29462 Batam Center, Indonesia

Hotel nie pun best jugak. Saya suka makanannya. Sama macam makanan di Malaysia. Jarak antara feri terminal ke hotel pun tak jauh. Lebih kurang 5 minit macam tu. Hotel budget kan. Mana la ada swimming pool. Tapi, kemudahan lain yang ada pun not bad. Antaranya, sarapan pagi, wifi percuma, private shower room dan lain lain 

Alamat hotel ni adalah : Komp. Ruko Nagoya Hill Blok I No. 1 - 16, Jl. Teuku Umar, Batam, 29444 Nagoya, Indonesia 

Amaris Hotel, Batam

Bagi yang datang dengan kapal terbang, hotel ni agak sesuai untuk didiami. Sebabnya, jarak antara Lapangan terbang Hang Nadim tak jauh dari hotel. Hanya mengambil kira kira 5 minit perjalanan ke hotel. 

Selain itu, jarak antara pantai ke hotel pun tak la jauh sangat, kira kira 15 minit perjalanan. 

Apa yang menarik di hotel ni adalah, selain ruang makan yang luas, ia juga menyediakan bilik seminar yang nak buat seminar atau course di sini 

Alamat hotel ini adalah di : Jln. Hang Nadim, Komp. Buana Vista Indah 1 Blok K No 100, 29461 Batam Center, Indonesia

Sky Inn Hotel, Batam

Bagi yang datang bersama family (4-6 orang), saya rekomen anda untuk stay di hotel ini. Selain hotel yang baru beroperasi (dalaman semua baru), hotel ini menyediakan bilik untuk keluarga yang besar dan selesa

Hotel juga menyediakan sarapan pagi, wifi percuma, restaurant dan airport shuttle bagi yang memerlukan . 

Alamat hotel ini adalah : Jl. Imam Bonjol, Kompleks Nagoya Newton Blok A no. 1-3, 29444 Nagoya, Indonesia
Family room, Hans Hotel, Batam

Selain namanya yang mirip seperti hotel mewah yang ada di JB tu, hotel ini menyediakan kemudahan spa, wifi percuma, airport shuttle dan sarapan pagi. Dah nama pun lebih kurang dengan nama hotel mewah kat Malaysia, hotel ni menjadi pilihan ramai orang Malaysia yang datang ke Batam 

Address hotel ni adalah Komplek Nagoya Business Center Blok 4 No.10-13, Batam, 29444 Nagoya, Indonesia

Paragon Inn Nagoya, Batam