Wednesday, July 25, 2018

Tempat Percutian Murah Dan Menarik Di Batam : Masjid Raya Batam

Mesjid Raya Batam

Indonesia nie kan negara dengan penduduk beragama Islam terbesar dunia. Jumlah penduduk Indonesia pada 2018 adalah sebanyak 265 juta orang. Atau kalau orang Indonesia yang menyebutnya akan berbunyi 265 juta jiwa. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 230 juta orang. Bayangkan ekk. Ramai gila kan. Malaysia baru 31 juta penduduk je (11%) daripada jumlah penduduk Indonesia. 

Dan 1.3 juta orang tinggal di Batam. Kalau ikut ratio jumlah penduduk dan keluasan di Batam, setiap 1 kilometer persegi, akan ada lebih kurang 830 orang penduduk. Wow.. hehhe betul ke? Emmm

Masjid Raya Batam nie, pun tak jauh dari Batam Center dan Welcome To Batam Hill. Lebih kurang 5 minit perjalanan menggunakan kereta. Nak jalan kaki pun boleh. Workout sikit kan. 

Monumen Mesjid Raya Batam

Mesjid pun ada rank di Indonesia nie. Kalau mesjid biasa biasa kat taman atau kampung, diaorang panggil mesjid je. Kalau ada satu mesjid besar di bandar atau kota, dia akan panggil Mesjid Raya. Kalau lepas beberapa tahun pembinaan mesjid raya nie, diaorang buat satu lagi mesjid, diaorang kan panggil sebagai mesjdi agung

Menariknya di Mesjid Raya Batam nie, kubahnya tak macam kubah mesjdi mesjid yang ada di Malaysia, kubahnya berbentuk piramid, dan mempunyai menara setinggi 65 kaki disebelahnya. Keluasan mesjdi ini adalah 75000 kaki persegi. Selain menjadi tempat ibadah orang orang di kawasan Batam nie, ia juga menjadi tempat tumpuan pelancong dalam dan luar Batam 

View Hadapan Mesjid Raya Batam

View ke arah Welcome Hill


Tempat Percutian Murah Dan Menarik Di Batam : Welcome Hill

Welcome Hill of Batam. 

Saja je letak nama yang sedap sikit. Sebenarnya biasanya kami panggil Welcome Hill je. Salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi. Jarak antara ferry terminal ke Welcome Hill nie lebih kurang 5 minit macam tu. 

Kalau berkunjung di sini pada waktu pagi, atau tengahari, just boleh ambil gambar kenang kenangan dengan berlatarbelakangkan monumen Welcome To Batam. So, dah sah la korang dah pernah sampai ke Batam kan. Tapi kalau waktu petang, selain ambil gambar, boleh jugak beli makanan ringan orang orang tempatan. Kalau nak rasa bakso power, boleh la. 

Welcome To Batam Hill

Orang Indoensia terkenal dengan kreativiti

Dataran Engku Puteri View

Bagi yang nak kesini, waktu yang sesuai adalah petang dari jam 5 sampai malam jam 9 macam tu. Sebabnya, cuaca yang redup dan banyak aktiviti lain yang boleh dibuat kat sini time cuaca tak panas nie 

Wednesday, July 18, 2018

Batam Day Tour Package

Batam Day Tour Package

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Indonesia telah banyak membagunkan beberapa kemudahan pelancongan atau wisata bagi orang orang tempatan. 

Kalau dulu, bila sebut pasal Batam je, memang orang akan fikir tentang pelancongan yang berkonsepkan shoppping sahaja. Tapi sekarang nie, ianya bukan sekadar shopping semata mata. Ianya lebih dari itu. 

Ok la, tak nak berceloteh panjang sangat. Nanti banyak sangat nak baca kan. Pakej Day Tour Batam nie kami create bagi mereka yang suka melancong tapi mempunyai limited masa. Contohnya cuti ada 3 hari je, tapi nak jalan puas puas. So nie la pakej untuk anda. 

Kalau datang ke JB atau Singapore, then ada masa sehari yang tak tau nak pergi mana, saya suggest, kita jalan jalan ke Batam 

Kita akan bertolak dari Terminal Feri Stulang Laut pada jam 0730am. Menaiki feri pertama ke Batam Center. Perjalanan akan mengambil masa 1.5 hingga 2 jam bergantung kepada keadaan cuaca pada hari tersebut. 

0900 Tiba di Batam Feri Terminal. Perjalanan 2 jam sure perut pun lapar kan? Destinasi pertama adalah untuk mengisi perut yang lapar untuk di isi dengan Cofee Awak, Downtown Nagoya. Selepas itu, kita akan ke Welocme To Batam Hill untuk ambil gambar. At least, ada bukti la jugak dah sampai di Batam kan. Kalau di Singapore, bukti yang kita pernah ke sana tu kat mana? Emmm kat Merlion Park la. Mana lagi kan

1030 Bertolak ke Jambatan Balerang. Jaraknya tak la jauh sangat. Kalau dari Welcome To Batam Hill tu lebih kurang setengah jam sampai 45 minit macam tu la. Kat Batam nie, sepanjang jalan Trans Balerang, ada 5 jambatan kesemuanya. Menghubungkan pulau pulau kecil. Last sekali menghubungkan Pulau Galang. Dimana terletaknya Vietnam Camp. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Balerang Bridge nie adalah, ambil gambar, merasai sendiri angin pantai / pulau di tengah tengah jambatan. Kalau yang pakai topi tu jaga jaga sikit, silap haribulan, topinya boleh terbang di bawa angin. Ada juga gerai di sebelum jambatan. Kalau nak beli, boleh je. Silakan 

1200 Selepas itu, kita akan kembali ke Pulau Batam untuk makan tengahari di Rumah Makan Asli Laksana Sunda. Antara menu yang menarik adalah makanan khas Sunda dengan menu seperti Karedok, Sop Buntut, Ayam Bakar, Sayur Asem, Gepuk/Empal, lalapan hingga Sambal Dadak yang diracik dari terasi khas Bandung. 

1400 Bagi yang kaki shopping, jangan lepaskan peluang untuk bershopping barangan berkualiti dibeberapa gedung membeli belah popular di Batam seperti BCS Mall, Khazanah Mall dan Lucky Plaza. 

1600 Sebelum pulang, jangan lupa membeli ole ole Batam yang sedang popular iaitu Kek Lapis Batam? Sedap ke tak? tentu la sedap. Kalau beli di Batam, tak perlu risau tentang kos bagasi compare kalau kita ke Bandung. Nak beli banyak pun tak ada masalah. Jangan banyak sangat sudah la. Banyak sangat tu, umpama kita nak niaga la pulak kan. Kalau kena tax Kastam Malaysia, pandai pandai la ya. 

1800 Last place sebelum balik ke Johor. Singgah solat di Masjid Raya Batam. Solat Zohor dan Asar sekali. Jalan jalan jugak kan, solat jangan di lupa, ok. 

Enjoy your trip