Thursday, August 2, 2018

Tempat Makan Best di Batam

10 Tempat Makan Best Di Batam 

Rumah Makan Pak Chomot
Menjamu selera hidangan khas Sunda sambil menikmati dekorasi restoran yang serba tradisional. Kalau anda menginginkannya, berkunjunglah ke Rumah Makan Pak Chomot yang berlokasi di Food Street Nagoya Hill Superblock ini. Restoran ini benar-benar akan memanjakan lidah Anda yang merindukan masakan khas kampung. Begitu banyak pilihan bersantap di resto yang sudah cukup terkenal di kota Batam ini. Beberapa menu khas diantaranya adalah : Nasi timbel. Nasi Liwet, Udang gulung Cirebon, Soto Bandung, Ayam goreng ala Chomot hingga Gurame kering. minumnya, jangan lupa seruput Es Chomot dan Es Jogger, dua minuman khas yang tidak mungkin Anda temukan di tempat lain. 

Iseya Japanese Restaurant
Nama restoran yang satu ini sudah sangat familiar di Batam. Terutama bagi mereka yang menyukai aneka rupa makanan dan minuman khas negri Sakura. Terletak di Kompleks Ruko Taman Kotamas, Baloi, aneka menu yang ditawarkan Iseya Japanese Restaurant sangat beragam, sebut saja Sukiyaki, Shabu-shabu, Beef Teriyaki, Beef Yakiniku, Sushi dan Sashimi hingga Tempura Moriawase. Ocha dan Sake yang diaracik khusus dari negri asalnya, juga tersedia untuk menemani Anda bersantap. Selain itu, restaurant ini memiliki paket Bento dengan harga yang terjangkau, semisal Beef Yakiniku, Almon Teriyaki, Tempura, Chicken Katsu serta Mixed Fry Bento. Dibuka mulai pukul 11.00 WIB sampai 22.00 WIB, restoran ini menyediakan juga sejumlah Tatami Room, ruang makan khas Jepang dilantai dua, diperuntukan bagi pengunjung yang ingin menikmati privasi dan suasana lebih nyaman ketika bersantap. 

Been City  Cafe
Terlantak di tingkat bawah Batam City Square. Been City Cafe menyediakan rupa-rupa roti dan cake dengan berbagai rasa, mulai dari pandan, talas, ikan teri, chili crab hingga aneka kaya cake hingga abon. Buka setiap hari mulai pukul, 09.00 WIB hingga 21.00 WIB. Cafe ini mengusung konsep modern dengan sentuhan lokal yang kental, baik dari segi sajian menuk bakeri hingga ke dekorasi ruangannya. Soal harga jelas terjangkau dan pelayanannya pun tergolong memuaskan. Sampai memiliki resto di BCS. Been City juga membuka konter bakeri di mall yang sama, tepatnya di depan escalator lantai dasar. Sementara dua konter bakeri lainnya dapat Anda kunjungi di Top 100 penuin serta Nagoya Hill Superblock.

MCDonald's 
Tengah malam perut berkeroncong? Anda tidak perlu khawatir, MCDonald's jawabannya. Dengan layanan 24 jam penuh, restoran ini memberi solusi untuk membebaskan rasa lapar dan dahaga Anda. Waktu cuaca kondisi dan bagaimanapun itu, bukan lagi jadi halangan buat resto ini untuk melayani. Tinggal kontak 14045, maka pesanan Anda dalam waktu 30 menit akan sampai di tempat Anda (dalam radius 2 Km dari store terdekat). Layanan 24 jam ini merupakan wujud nyata upaya MCDonald's memberikan pelayanan ekstra kepada siapapun itu, apakah warga Batam sendiri maupun Anda yang tengah berkunjung di kota Pulau ini. McDonald's memiliki dua gerai yakni di samping Harmoni  Hotel serta di lantai dasar Centre Point Mall, Nagoya. 

Golden Prawn Life Seafood Resturant 
Golden Prawn Life Seafood Restaurant terletak di Bengkong Laut. Dibuka sejak tahun 1990-an, restoran ini sudah sangat amat dikenali baik oleh orang Batam maupun pelancong pelancong asing. Menu yang disediakan sangat beraneka dan lazat lazat, apapun menu seafood kesukaan anda, confirm memang ada disini. Istimewanya, menu-menu yang disajikan diolah dari life seafood, yang boleh anda pilih di kolam tempat pemeliharaan yang tersedia didepan pintu masuk restoran. So, sebelum bersantap, anda bebas memilih, apakah itu udang, kepiting, gonggong, kerang, aneka jenis ikan dll. Setelahnya mintalah ke para  tukang masak memasaknya, sesuai keinginan anda. Dah teringin sangat la tu nak makan kat Golden Prawn. Jom makan kat sini. Waktu operasi pukul 10.00 WIB hingga 22.00 WIB

Kazu Japanese Restaurant 
Terletak di Jalan Raden Patah Kompleks Harmoni Plaza Blok B No. 1-5, Kazu Japanese Restaurant adalah restoran khas Jepun. Berbagai menu ala Jepun tersedia disini, contohnya Chicken and Beef Teriyaki, Sukiyaki, Sushi, Sashimi, termasuk aneka Bento dll. Restoran ini selain dikenal dengan kelazatan hidangannya, juga memiliki design ruangan yang menarik. Tempat duduk, meja, lantai serta seluruh interiornya, benar-benar kental dengan suasana Jepun. Hiasan biliknya yang berada di beberapa sudut ruang, juga ditata sedemikian rupa, bercirikan Jepun. Jadi sambil merasai makanan khas Jepun, Anda seolah-olah tengah berada di Negeri Sakura itu. Untuk tempahan dan inquiry anda dapat menghubungi restoran ini di No. 0778-423116 atau 0778-455153. 

Maharaja Curry House 
Mau mencuba masakan khas India? Kenapa tidak mengunjungi Maharaja Curry House yang terletak di Ruko Palm Spring Block B1 Nomor 8, Batam Centre ini. Di restoran ini tersedia beragam masakan menu India, contohnya Kari Ayam, Nasi Briyani atau Payasam. Bagi yang kurang menyukai Kari Ayam, anda masih boleh merasai Kari Kambing atau Kari Ikan. Selain itu, ada juga masakan Raitha yang terbuat dari wortel, bawang serta tomat yang dicincang halus. Dimasak oleh tukang masak specialist masakan India yang berpengalaman puluhan tahun. Seluruh menu yang ditawarkan resto ini dijamin berasa Lezat, khas dan tentu mengunggah selera. 

Rumah Makan Asli Laksana Sunda 
Sesuai namanya, restoran yang berlokasi di Kompleks Nagoya Garden Blok A No. 5 Nagoya ini, menyediakan makanan khas Sunda dengan menu seperti Karedok, Sop Buntut, Ayam Bakar, Sayur Asem, Gepuk/Empal, lalapan hingga Sambal Dadak yang diracik dari Bandung. Sebagai restoran cawangan dari Rumah Makan Asli Laksana Sunda yang terletak di Soekarno Hatta (by-pass) Bandung. Restoran ini menjamin, seluruh menu, baik rasa, aroma serta tampilan, sama seperti dengan yang disajikan di restoran pusatnya. Tak heran kalau setiap harinya resto ini selalu dipenuhi para penggemar makanan Sunda. Apalagi suasana di restoran ini juga terbilang nyaman dan sejuk dengan tampilan interior yang khas, dimana sebagian besarnya didominasi oleh bahan berasal dari buluh / bambu. So, siapapun yang bersantap, serasa makan di kampung sendiri. 

Rumah Makan Seafood Rezeki 
Merasai makanan seafood sambil menikmati semilir angin laut ? Kalau Anda menginginkannya, singgahi RM Seafood Rezeki yang berlokasi di Batubesar ini. Banyak pilihan bersantap di restoran seafood yang sudah ada nama ini dan semuanya dipastikan mampu memanjakan lidah anda karena diolah oleh tukang masak berpengalaman serta menggunakan bahan berupa life seafood. Mulai buka sejak pukul 10.00 WIB, restoran ini tidak sengaja ramai di datangi warga Batam, tapi juga turis dari Singapura, Malaisya, Korea, Taiwan hingga Jepang. Untuk menuju kesana, dari kawasan kota anda boleh menggunakan teksi atau bus yang mengambil lebih kurang 30 minit. 

Wednesday, August 1, 2018

Testimoni Batam 2D1N Trip

Day Trip Batam 




Pakej Percutian Sehari ke Singapore Free Of Charge

Pakej Percutian Sehari ke Singapore Free Of Charge
Walaupun nilai matawang Malaysia terus jatuh dan jatuh bagai nangka yang dah masak ranum menyembah bumi, namun tak bermaksud yang aktiviti atau hobi untuk melancong berkubur macam tu je. 

Singapore atau Singapura adalah negara jiran Malaysia. Kalau negeri tu, sempadan dengan Johor. Dikelilingi negara Indonesia disebelah selatan termasuklah Pulau Batam dan Tanjung Pinang.  

Pada saya, Singapore adalah sebuah tempat percutian yang kalau kita pergi 10 kali pun masih tak abis explore semua tempat lagi. Attraction point yang ada di Singapore boleh dikatakan banyak. Kalau tak, takkan pelancong yang mengunjungi Singapore melebihi jumlah penduduk mereka sendiri kan. For sure la ada something yang menarik orang ramai ke Singapore. 

Ok disini, saya just nak bagi contoh just in case kita nak melancong ke Singapore, mana tempat yang kita boleh singgah untuk ambil gambar, makan dan sebagainya. 

** Dengan andaian kita stay overnight di Johor Baharu. Tak kisah le kat rumah sudara ke, hotel mewah ke, hotel budget ke, homestay dan sebaginya. **

[0700] Biasa trip akan bermula seawal jam 7 pagi. Tapi tak semestinya jam 7 pagi la. Lagi awal masuk Singapore lagi bagus. Bukan apa, sekurang kurangnya masa tak terbuang tersangkut di kesesakan jalan dari JB ke Woodland atau dari Gelang Patah ke Tuas. 

Kalau jalan tak sesak, biasanya kita cuma perlukan masa lebih kurang 1 jam untuk melepasi sempadan Singapore. Dan boleh lega sikit sebab dah lepas. Biasa la kan, kalau masuk negara orang, especially di sempadan nie, biasa rasa risau je kan. Bukan buat salah pun, tapi mesti ada perasaaan risau. Kenapa ekk??

[0800] Sampai di Singapore lebih kurang jam 8 pagi dan terus ke Geylang Serai. Dari Woodland ke Geylang Serai mengambil masa lebih kurang 30 minit sampai 45 minit. 

[0845] Destinasi pertama kita adalah Mr Teh Tarik Eating House. Kalau masuk Singapore, tak sah rasanya kalau tak sarapan kat kedai ni. Actually dalam kedai nie ada sub sub gerai yang lain.. ada jual bubur, nasi ayam, kuih muih dan air. Tempat nie boleh dikatakan happening la jugak.. sentiasa penuh je orang kat sini.. kalau salah langkah, nak beli air minuman pun kena beratur panjang.. selain itu, kalau nak sarapan, boleh jugak kat pasar Geylang Serai.. kat sini punbanyak kedai makan Melayu yang halal.. senang kata kalau kat sini, macam macam barang keperluan orang Melayu ada dijual.. baju, jubah, songkok, rempah ratus dan macam macam lagi la.. Time dekat raya puasa, tempat ni lagi happening gila.. senang kata time tu, orang Melayu satu Singapore akan tertumpu ke kawasan nie, selain Angsana JB.. haha... sori sis...

Actually bukan kat sini je tempat makan yang best di Singapore. Anda boleh juga mencuba untak bersarapan pagi di Food Court Pasar Geylang, Hjh Maimunah Restoran, Restoran Zam Zam dan Restoran Memanda. Ditanggung halal. 

[0915] Selepas bersarapan yang mengambil masa lebih kurang 30 minit macam tu (kalau makan hegeh hegeh ambil masa lagi lama la ya...) kita akan terus ke Arab Street. Actually kawasan Arab Street ni luas la jugak. Ada macam macam jalan yang ada kat sini. Bukan Jalan Arab je. Ada Jalan Kubor, Jalan Pisang, Jalan Aliwal dan macam macam lagi la. Tapi yang paling terkenal adalah Arab Street. 

Apa ada kat Arab Street nie. Macam best je kan.

Disini terletaknya sebuah Mesjid Sultan. Mesjid ni adalah mesjid pertama Singapore.. Bersebelahan dengan mesjid nie, terdapat sebuah istana lama.. kat sini orang panggil Malay Heritage.. Actually bangunan ni adalah bekas Istana Sultan Melayu dulu.. menurut cerita orang local, Pak Mail (bukan nama sebenar. hehehe), dulu ada la beberapa waris yang tinggal kat istana tu.. tapi sebab kebodohan dan ketamakan sesama adik beradik, maka kerajaan Singapore telah mengambil kesempatan dan menghalau secara baik mereka mereka ini.. ada yang dapat CDB Flat 3 bilik, ada yang dapat elaun bulanan dan lain lain.. so, istana tu kerajaan Singapore ambil kononnya untuk dijadikan warisan peninggalan Melayu.. hehe.. walhal, secara tidak langsung, hilang la tahta sultan .. adus.. betul atau tak, kena tanya waris sultan... (kena saman ke tak ehh cerita nie.. harap harap tak la kan.. ). Istana nie nak masuk free je.. tak ada bayaran dikenakan.. so, kalau rasa nak merasa jadi sultan, duduk istana lama (macam istana adabi), boleh la masuk dan meninjau ninjau keadaan didalam istana ini.. nak tau apa ada dalam istana nie, kena la datang sendiri.. nak google pun boleh.. 

Yang bagusnya kat Mesjid Sultan nie, satu memang jadi tumpuan para jemaah untuk menunaikan solat lima waktu, tak kurang jugak pelancong untuk bersembahyang sama, aktiti kat mesjid nie memang full. Ada qiamulail, kuliah subuh, kuliah maghrib, ada taskirah, ada aktviti komuniti dan lain lain.. Selain tu, setiap aktiviti memang pihak pengurusan mesjid akan update dalam Blog? Sori beb, blog tak main la.. mesjid ni ada website sendiri.. www.mesjidsultan.sg memang terbaik.. kalau nak tau, mesjid di Singapore sangat organize.. bukan saja Mesjid Sultan, malah mesjdi mesjid lain pun sama..

[1230] Oleh sebab Arab Street ni luas, biasanya kita akan habiskan lebih kurang 2 hingga 3 jam disini. 

Kalau rasa lapar, nak makan kat kedai yang ada disekitar mesjid pun banyak.. Antara restoran yang paling best kat sini adalah Restoran Hjh Maimunah dan Restoran Zam Zam. Kalau tekak Melayu, saya cadangkan makan tengahari di restoran ini. Ia menghidangkan lebih kurang 70 jenis lauk!!! Makanan selera Padang, Indonesia. Nak makan yang set pun ada. Harga pun tak le mahal sangat. Sure puas hati. 

Kalau nak ambil berkat Arab Street, boleh cuba di Restoran Zam Zam. Menu yang selalu orang order adalah Murtabak dan Nasi Briani / Nasi Arab. Memang sedap. Confirm nak tambah lagi. 

Bagi yang Muslim, selepas makan tengahari, boleh la solat di Mesjid Sultan. Jamakkan sekali Solat Asar. 

[1400] Selesai solat, kita akan terus ke Mustafa Centre - Tempat ni pun popular la jugak.. Ia merupakan gedung membelibelah perlatan elektronik milik orang Islam Singapore. Dari Arab Street ke sini lebih kurang 10minit macam tu la.. kalau rajin jalan pun boleh, kalau tak rajin, naik je kereta untuk kesini.. Kalau ada duit lebih, boleh la melabur kat Mustafa Center ni.. hehe.. actually bagi yang gemarkan gejet elektronik, kat sini memang banyak la.. bukan saja kat dalam mall nie sendiri, tapi kedai kedai yang berada disekitar pun banyak. Ni nak habaq mai, kalau tukaran 1SGD = RM2.5 atau kebawah, banyak barangan yang ada di sini adalah lebih murah kalau compare dengan kat Malaysia.. tapi kalau ikut currency sekarang nie, memang mahal la.. tapi bukan tu je, biasanya barang elektronic kan ada warranty kan.. so kalau beli barangan elektronic kat ovesea, pastikan dia menyediakan international warranty, maksudnya, walau kat mana negara pun kita berada, warranty tu tetap valid.. kalau tak.. memang jahanam la.. kalau tak rosak tak apa, yang jadi masalahnya, bila rosak.. 

Biasanya kat Mustafa Centre nie kita akan spent dalam 1jam sampai 2jam.. keluar dari kawasan nie lebih kurang jam 3 petang macam tu la..

[1600] Dari Mustafa Center, kita ke Little India - Sebenarnya Mustafa Center nie terletak di kawasan Little India. So kita boleh lihat banyak kedai India yang ada di sepanjang jalan nie. Perjalanan dari Mustafa ke Little India mengambil masa lebih kurang 15minit hingga 20minit.. Kat sini memang terkenal dengan kedai kedai yang menjual barangan orang India.. time Depavali, memang happening gila la.. ada yang cari sari, punjab dan lain lain.. Biasanya di Little India ni just snap gambar sikit sikit then kita ke tempat lain pulak

[1700] Dari India kita menjelajah China pulak - Chinatown Singapore - Dari Little India ke Chinatown mengambil masa dalam 15minit macam tu la.. dengan menaiki kereta... Apa ada kat Chinatown? Actually Chinatown adalah tempat asal orang cina dari negara Tanah Besar China berhijrah dan memulakan penempatan. Disini, mereka mula membina penempatan dan menjalankan perniagaan bagi memenuhi keperluan komuniti setempat. Itu dulu la.. sekarang banyak perniagaan dah berubah.. kalau dulu, mungkin diaorang jual candu, tapi kalau sekarang mereka jual candu, mau duduk penjara dan silap haribulan, kena gantung bai... so, sekarang bangunan bangunan lama peninggalan orang orang awal peneroka, telah digantikan dengan perniagaan semasa.. Ada jugak bangunan yang dijadikan kedai kedai makan, menjual cenderahati dan lain lain.. 

Kalau komuniti melayu ramai tertumpu di Geylang Serai, kat sini memang kebanyakannya adalah orang cina yang mendominasi kedai kedai dan perniagaan.. Nak makan? Boleh je.. pilih la nak makan apa.. semua makanan cina.. halal tak halal tak tau la.. tapi bersih la.. (bersih tak bermakna halal tau..) 

[1800] Sebab masa tak mengizinkan, biasanya kita akan menamatkan program melancong kita pada jam 6 petang / 1800. Kebanyakan tour agency akan memperuntukan 8 jam untuk jalan jalan di Singapore. Kalau nak jalan lagi pun boleh, dah alang alang sampai ke sini kan.. kalau tak larat, boleh terus balik ke JB. Kalau larat, boleh sambung ke tempat lain pulak. 

Untuk trip sehari di Singapore, biasanya kita akan sampai ke JB dalam jam 9 malam..

Ok, berakhir sudah trip sehari kita ke Singapore. Kalau anda berminat untuk mengikuti trip ke Singapore bersama kami, kami mengalu alukan sebarang pertanyaan. Harga, masa, tempoh trip dan lain lain. 

Ada orang suka ikut travel agency. Sebabnya, semua dari A to Z travel agency yang uruskan. Cuma kena bayar la dengan perkhidmatan yang mereka telah berikan. Ada jugak yang suka buat sendiri. Nak save duit. Pendapat saya, dua dua pun ok. Tak ada masalah pun. Cuma memang betul la, kalau perjalanan percutian kita dah diuruskan, memang percutian akan jadi lebih menarik. Travel agency kan dan memang keja dia buat itu ini mengenai percutian. So mereka mahir mengenai apa yang mereka jual dan sediakan. At the same time, kita pun tak perlu ribut ribut tertinggal  atau terlupa macam macam benda. Cuma, komunikasi antara travel agency dan pelanggan memang penting. Contohnya, travel agency dah ada standard itinerary, pelanggan boleh cadangkan tempat tempat yang mereka ingin pergi atau kunjungi dengan lebih awal, so travel agency boleh cadangkan masa yang sesuai untuk dilawati. Dan secara tak langsung, travel agency pun tak la syok sendiri dan pelanggan pun tak la membabi buta nak pergi tempat tu, walaupun tempat tu tutup pada masa yang pelanggan nak kunjungi. OK?

Pada bahagian 1, kita dah melawat beberapa tempat seperti Mr Teh Tarik Eating House, Geylang Serai, Arab Street, Mustafa Center, Mesjid Sultan dan sebagainya. 

Kali ini, konsep percutian masih sama. FOC - Free of charge. Lupa pulak nak bagi tau. Free of charge tu bukan maksudnya semuanya free. Cuma tempat yang kita lawati tu tak memerlukan bayaran untuk masuk. Ataupun tak ada tiket masuk yang dikenakan. So FOC la kan. Hehehe. 

Biasanya kalau pergi dengan travel agency, diaorang akan kenakan extra charge kalau kita still nak melawat ketempat tempat yang kita teringin nak pergi. Iya la kan, mereka nak bayar petrol untuk extra millage, bayar gaji lebih masa driver dan sebagainya. Kadarnya lebih kurang SGD20 hingga SGD30 sejam. Actually berbaloi pun dengan perkhidmatan yang mereka berikan.

[1900] Malam di Singapore memang best dan menawan. Waktu malam terutama dikawasan di tepi pantai dan kawasan attraction point juga yang terletak di tepi pantai, akan dihiasi dengan lampu lampu yang menawan. Merlion Park - boleh dikatakan yang tempat ini adalah tempat yang wajib dilawati sekiranya berkunjung ke Singapore. So kalau dah snap pic kat sini, memang sah la yang kita pernah sampai Singapore. Hihi. Latar belakang Merlion Park adalah Marina Bay Sand. So biasanya pengunjung akan mengambil gambar singa dengan air pancut serta Marina Bay Sand dibelakangnya. Kalau anda kreatif, boleh je buat pelbagai aksi dengan memanipulasi singa air pancut tu. 

[2000] Setelah mengambil gambar di Merlion Park, kita akan teruskan usaha untuk menakluki Singapore dalam satu masa dengan bershopping di Orchard Rood. Paling famous disini adalah minyak wangi (bagi tourist dari Malaysia la..). Sebenarnya sepanjang Orchard Rd nie terdapat pelbagai butik, mall, dan kedai kedai yang menjual barangan berjenama pada harga yang sangat berpatutan. Dan barangan disini boleh dikatakan up to date. Sebabnya?? Sebab Singapore adalah tempat banyak company pengeluar beg, kereta, pakaian, minyak wangi dan pelbagai barangan untuk test market. So, biasanya barang terkini akan masuk ke Singapore dulu sebelum memasuki pasaran lain. 

[2200] Dua jam mungkin masa yang mencukupi untuk investor membelibelah di sini. Setelah itu, kita akan kembali ke area Marina untuk melawat Garden By The Bay. Actually Garden By The Bay ni adalah tempat berbayar. Tapi, kalau tak nak bayar, boleh je naik tram yang disedaikan untuk melawat taman taman yang dah dianggap best tu disebelah luar Garden By The Bay. Tempat ini boleh dikatakan luas la jugak. Ada bahagian East dan West. Kalau nak ambil gambar dan melawat taman, gunakan gate west. Kalau gate East tu biasanya untuk event dan kawasan perumahan. 

[2300] Sebelum balik ke Johor Baharu, sure perut dah lapar kan. Mau tak nya, dah jam 11 malam pun kan. So, singgah sekejap, makan di Warung M Nasir. Haah M Nasir penyanyi macho tu.. M Nasir adalah orang Singapore. So dia ada JV dengan orang Singapore untuk bukak restoran. Namanya Warung M Nasir. Makanan yang disedaiakan disini adalah makanan Padang Indonesia. Tapi ada jugak makanan lain. Nak tau lebih lanjut, boleh visit websitenya.. 

[0100] Waktu malam, Tambak Johor atau 2nd Link biasanya tak sesak. So boleh la sampai Johor Baharu awal sikit.  

Tempat tempat yang dinyatakan adalah sebahagian tempat yang anda tak perlu bayar kalau anda kunjungi. Ada banyak lagi tempat yang kalau singgah, tak perlu bayar pun. Asal aja jangan melewati pintu tiket. Contohnya, Universal Studio Singapore (kalau just ambil gambar di monumen globe tu, tak perlu bayar), Garden by The Bay (boleh ambil gambar di kawasan istirehat, atau kawasan sekeliling), China Town(jalan jalan tak perlu bayar, beli barang kena bayay tau), Little India (ni pun sama, jalan jalan tak payah bayar, makan tose ke, murtabak ke, cakni ke, mesti la kena bayar), Mustafa Center (tak perlu bayar kalau just windows shopping), Bugis Street (kalau nak beli cendera hati kena bayar cash tau) dan lain lain tempat lagi... 

Kalau anda berminat untuk sama sama menikmati keindahan kota metropolitan Singapore, boleh je kalau ringan ringankan jari anda untuk call atau wassap kami

Key Chain Ole Ole Batam

Rantai Kunci / Keychain

RM3 per pc
1