Pakej Percutian Sehari ke Singapore Free Of Charge
Walaupun nilai matawang Malaysia terus jatuh dan jatuh bagai nangka yang dah masak ranum menyembah bumi, namun tak bermaksud yang aktiviti atau hobi untuk melancong berkubur macam tu je.
Singapore atau Singapura adalah negara jiran Malaysia. Kalau negeri tu, sempadan dengan Johor. Dikelilingi negara Indonesia disebelah selatan termasuklah Pulau Batam dan Tanjung Pinang.
Pada saya, Singapore adalah sebuah tempat percutian yang kalau kita pergi 10 kali pun masih tak abis explore semua tempat lagi. Attraction point yang ada di Singapore boleh dikatakan banyak. Kalau tak, takkan pelancong yang mengunjungi Singapore melebihi jumlah penduduk mereka sendiri kan. For sure la ada something yang menarik orang ramai ke Singapore.
Ok disini, saya just nak bagi contoh just in case kita nak melancong ke Singapore, mana tempat yang kita boleh singgah untuk ambil gambar, makan dan sebagainya.
** Dengan andaian kita stay overnight di Johor Baharu. Tak kisah le kat rumah sudara ke, hotel mewah ke, hotel budget ke, homestay dan sebaginya. **
[0700] Biasa trip akan bermula seawal jam 7 pagi. Tapi tak semestinya jam 7 pagi la. Lagi awal masuk Singapore lagi bagus. Bukan apa, sekurang kurangnya masa tak terbuang tersangkut di kesesakan jalan dari JB ke Woodland atau dari Gelang Patah ke Tuas.
Kalau jalan tak sesak, biasanya kita cuma perlukan masa lebih kurang 1 jam untuk melepasi sempadan Singapore. Dan boleh lega sikit sebab dah lepas. Biasa la kan, kalau masuk negara orang, especially di sempadan nie, biasa rasa risau je kan. Bukan buat salah pun, tapi mesti ada perasaaan risau. Kenapa ekk??
[0800] Sampai di Singapore lebih kurang jam 8 pagi dan terus ke Geylang Serai. Dari Woodland ke Geylang Serai mengambil masa lebih kurang 30 minit sampai 45 minit.
[0845] Destinasi pertama kita adalah Mr Teh Tarik Eating House. Kalau masuk Singapore, tak sah rasanya kalau tak sarapan kat kedai ni. Actually dalam kedai nie ada sub sub gerai yang lain.. ada jual bubur, nasi ayam, kuih muih dan air. Tempat nie boleh dikatakan happening la jugak.. sentiasa penuh je orang kat sini.. kalau salah langkah, nak beli air minuman pun kena beratur panjang.. selain itu, kalau nak sarapan, boleh jugak kat pasar Geylang Serai.. kat sini punbanyak kedai makan Melayu yang halal.. senang kata kalau kat sini, macam macam barang keperluan orang Melayu ada dijual.. baju, jubah, songkok, rempah ratus dan macam macam lagi la.. Time dekat raya puasa, tempat ni lagi happening gila.. senang kata time tu, orang Melayu satu Singapore akan tertumpu ke kawasan nie, selain Angsana JB.. haha... sori sis...
Actually bukan kat sini je tempat makan yang best di Singapore. Anda boleh juga mencuba untak bersarapan pagi di Food Court Pasar Geylang, Hjh Maimunah Restoran, Restoran Zam Zam dan Restoran Memanda. Ditanggung halal.
[0915] Selepas bersarapan yang mengambil masa lebih kurang 30 minit macam tu (kalau makan hegeh hegeh ambil masa lagi lama la ya...) kita akan terus ke Arab Street. Actually kawasan Arab Street ni luas la jugak. Ada macam macam jalan yang ada kat sini. Bukan Jalan Arab je. Ada Jalan Kubor, Jalan Pisang, Jalan Aliwal dan macam macam lagi la. Tapi yang paling terkenal adalah Arab Street.
Apa ada kat Arab Street nie. Macam best je kan.
Disini terletaknya sebuah Mesjid Sultan. Mesjid ni adalah mesjid pertama Singapore.. Bersebelahan dengan mesjid nie, terdapat sebuah istana lama.. kat sini orang panggil Malay Heritage.. Actually bangunan ni adalah bekas Istana Sultan Melayu dulu.. menurut cerita orang local, Pak Mail (bukan nama sebenar. hehehe), dulu ada la beberapa waris yang tinggal kat istana tu.. tapi sebab kebodohan dan ketamakan sesama adik beradik, maka kerajaan Singapore telah mengambil kesempatan dan menghalau secara baik mereka mereka ini.. ada yang dapat CDB Flat 3 bilik, ada yang dapat elaun bulanan dan lain lain.. so, istana tu kerajaan Singapore ambil kononnya untuk dijadikan warisan peninggalan Melayu.. hehe.. walhal, secara tidak langsung, hilang la tahta sultan .. adus.. betul atau tak, kena tanya waris sultan... (kena saman ke tak ehh cerita nie.. harap harap tak la kan.. ). Istana nie nak masuk free je.. tak ada bayaran dikenakan.. so, kalau rasa nak merasa jadi sultan, duduk istana lama (macam istana adabi), boleh la masuk dan meninjau ninjau keadaan didalam istana ini.. nak tau apa ada dalam istana nie, kena la datang sendiri.. nak google pun boleh..
Yang bagusnya kat Mesjid Sultan nie, satu memang jadi tumpuan para jemaah untuk menunaikan solat lima waktu, tak kurang jugak pelancong untuk bersembahyang sama, aktiti kat mesjid nie memang full. Ada qiamulail, kuliah subuh, kuliah maghrib, ada taskirah, ada aktviti komuniti dan lain lain.. Selain tu, setiap aktiviti memang pihak pengurusan mesjid akan update dalam Blog? Sori beb, blog tak main la.. mesjid ni ada website sendiri.. www.mesjidsultan.sg memang terbaik.. kalau nak tau, mesjid di Singapore sangat organize.. bukan saja Mesjid Sultan, malah mesjdi mesjid lain pun sama..
[1230] Oleh sebab Arab Street ni luas, biasanya kita akan habiskan lebih kurang 2 hingga 3 jam disini.
Kalau rasa lapar, nak makan kat kedai yang ada disekitar mesjid pun banyak.. Antara restoran yang paling best kat sini adalah Restoran Hjh Maimunah dan Restoran Zam Zam. Kalau tekak Melayu, saya cadangkan makan tengahari di restoran ini. Ia menghidangkan lebih kurang 70 jenis lauk!!! Makanan selera Padang, Indonesia. Nak makan yang set pun ada. Harga pun tak le mahal sangat. Sure puas hati.
Kalau nak ambil berkat Arab Street, boleh cuba di Restoran Zam Zam. Menu yang selalu orang order adalah Murtabak dan Nasi Briani / Nasi Arab. Memang sedap. Confirm nak tambah lagi.
Bagi yang Muslim, selepas makan tengahari, boleh la solat di Mesjid Sultan. Jamakkan sekali Solat Asar.
[1400] Selesai solat, kita akan terus ke Mustafa Centre - Tempat ni pun popular la jugak.. Ia merupakan gedung membelibelah perlatan elektronik milik orang Islam Singapore. Dari Arab Street ke sini lebih kurang 10minit macam tu la.. kalau rajin jalan pun boleh, kalau tak rajin, naik je kereta untuk kesini.. Kalau ada duit lebih, boleh la melabur kat Mustafa Center ni.. hehe.. actually bagi yang gemarkan gejet elektronik, kat sini memang banyak la.. bukan saja kat dalam mall nie sendiri, tapi kedai kedai yang berada disekitar pun banyak. Ni nak habaq mai, kalau tukaran 1SGD = RM2.5 atau kebawah, banyak barangan yang ada di sini adalah lebih murah kalau compare dengan kat Malaysia.. tapi kalau ikut currency sekarang nie, memang mahal la.. tapi bukan tu je, biasanya barang elektronic kan ada warranty kan.. so kalau beli barangan elektronic kat ovesea, pastikan dia menyediakan international warranty, maksudnya, walau kat mana negara pun kita berada, warranty tu tetap valid.. kalau tak.. memang jahanam la.. kalau tak rosak tak apa, yang jadi masalahnya, bila rosak..
Biasanya kat Mustafa Centre nie kita akan spent dalam 1jam sampai 2jam.. keluar dari kawasan nie lebih kurang jam 3 petang macam tu la..
[1600] Dari Mustafa Center, kita ke Little India - Sebenarnya Mustafa Center nie terletak di kawasan Little India. So kita boleh lihat banyak kedai India yang ada di sepanjang jalan nie. Perjalanan dari Mustafa ke Little India mengambil masa lebih kurang 15minit hingga 20minit.. Kat sini memang terkenal dengan kedai kedai yang menjual barangan orang India.. time Depavali, memang happening gila la.. ada yang cari sari, punjab dan lain lain.. Biasanya di Little India ni just snap gambar sikit sikit then kita ke tempat lain pulak
[1700] Dari India kita menjelajah China pulak - Chinatown Singapore - Dari Little India ke Chinatown mengambil masa dalam 15minit macam tu la.. dengan menaiki kereta... Apa ada kat Chinatown? Actually Chinatown adalah tempat asal orang cina dari negara Tanah Besar China berhijrah dan memulakan penempatan. Disini, mereka mula membina penempatan dan menjalankan perniagaan bagi memenuhi keperluan komuniti setempat. Itu dulu la.. sekarang banyak perniagaan dah berubah.. kalau dulu, mungkin diaorang jual candu, tapi kalau sekarang mereka jual candu, mau duduk penjara dan silap haribulan, kena gantung bai... so, sekarang bangunan bangunan lama peninggalan orang orang awal peneroka, telah digantikan dengan perniagaan semasa.. Ada jugak bangunan yang dijadikan kedai kedai makan, menjual cenderahati dan lain lain..
Kalau komuniti melayu ramai tertumpu di Geylang Serai, kat sini memang kebanyakannya adalah orang cina yang mendominasi kedai kedai dan perniagaan.. Nak makan? Boleh je.. pilih la nak makan apa.. semua makanan cina.. halal tak halal tak tau la.. tapi bersih la.. (bersih tak bermakna halal tau..)
[1800] Sebab masa tak mengizinkan, biasanya kita akan menamatkan program melancong kita pada jam 6 petang / 1800. Kebanyakan tour agency akan memperuntukan 8 jam untuk jalan jalan di Singapore. Kalau nak jalan lagi pun boleh, dah alang alang sampai ke sini kan.. kalau tak larat, boleh terus balik ke JB. Kalau larat, boleh sambung ke tempat lain pulak.
Untuk trip sehari di Singapore, biasanya kita akan sampai ke JB dalam jam 9 malam..
Ok, berakhir sudah trip sehari kita ke Singapore. Kalau anda berminat untuk mengikuti trip ke Singapore bersama kami, kami mengalu alukan sebarang pertanyaan. Harga, masa, tempoh trip dan lain lain.
Ada orang suka ikut travel agency. Sebabnya, semua dari A to Z travel agency yang uruskan. Cuma kena bayar la dengan perkhidmatan yang mereka telah berikan. Ada jugak yang suka buat sendiri. Nak save duit. Pendapat saya, dua dua pun ok. Tak ada masalah pun. Cuma memang betul la, kalau perjalanan percutian kita dah diuruskan, memang percutian akan jadi lebih menarik. Travel agency kan dan memang keja dia buat itu ini mengenai percutian. So mereka mahir mengenai apa yang mereka jual dan sediakan. At the same time, kita pun tak perlu ribut ribut tertinggal atau terlupa macam macam benda. Cuma, komunikasi antara travel agency dan pelanggan memang penting. Contohnya, travel agency dah ada standard itinerary, pelanggan boleh cadangkan tempat tempat yang mereka ingin pergi atau kunjungi dengan lebih awal, so travel agency boleh cadangkan masa yang sesuai untuk dilawati. Dan secara tak langsung, travel agency pun tak la syok sendiri dan pelanggan pun tak la membabi buta nak pergi tempat tu, walaupun tempat tu tutup pada masa yang pelanggan nak kunjungi. OK?
Pada bahagian 1, kita dah melawat beberapa tempat seperti Mr Teh Tarik Eating House, Geylang Serai, Arab Street, Mustafa Center, Mesjid Sultan dan sebagainya.
Kali ini, konsep percutian masih sama. FOC - Free of charge. Lupa pulak nak bagi tau. Free of charge tu bukan maksudnya semuanya free. Cuma tempat yang kita lawati tu tak memerlukan bayaran untuk masuk. Ataupun tak ada tiket masuk yang dikenakan. So FOC la kan. Hehehe.
Biasanya kalau pergi dengan travel agency, diaorang akan kenakan extra charge kalau kita still nak melawat ketempat tempat yang kita teringin nak pergi. Iya la kan, mereka nak bayar petrol untuk extra millage, bayar gaji lebih masa driver dan sebagainya. Kadarnya lebih kurang SGD20 hingga SGD30 sejam. Actually berbaloi pun dengan perkhidmatan yang mereka berikan.
[1900] Malam di Singapore memang best dan menawan. Waktu malam terutama dikawasan di tepi pantai dan kawasan attraction point juga yang terletak di tepi pantai, akan dihiasi dengan lampu lampu yang menawan. Merlion Park - boleh dikatakan yang tempat ini adalah tempat yang wajib dilawati sekiranya berkunjung ke Singapore. So kalau dah snap pic kat sini, memang sah la yang kita pernah sampai Singapore. Hihi. Latar belakang Merlion Park adalah Marina Bay Sand. So biasanya pengunjung akan mengambil gambar singa dengan air pancut serta Marina Bay Sand dibelakangnya. Kalau anda kreatif, boleh je buat pelbagai aksi dengan memanipulasi singa air pancut tu.
[2000] Setelah mengambil gambar di Merlion Park, kita akan teruskan usaha untuk menakluki Singapore dalam satu masa dengan bershopping di Orchard Rood. Paling famous disini adalah minyak wangi (bagi tourist dari Malaysia la..). Sebenarnya sepanjang Orchard Rd nie terdapat pelbagai butik, mall, dan kedai kedai yang menjual barangan berjenama pada harga yang sangat berpatutan. Dan barangan disini boleh dikatakan up to date. Sebabnya?? Sebab Singapore adalah tempat banyak company pengeluar beg, kereta, pakaian, minyak wangi dan pelbagai barangan untuk test market. So, biasanya barang terkini akan masuk ke Singapore dulu sebelum memasuki pasaran lain.
[2200] Dua jam mungkin masa yang mencukupi untuk investor membelibelah di sini. Setelah itu, kita akan kembali ke area Marina untuk melawat Garden By The Bay. Actually Garden By The Bay ni adalah tempat berbayar. Tapi, kalau tak nak bayar, boleh je naik tram yang disedaikan untuk melawat taman taman yang dah dianggap best tu disebelah luar Garden By The Bay. Tempat ini boleh dikatakan luas la jugak. Ada bahagian East dan West. Kalau nak ambil gambar dan melawat taman, gunakan gate west. Kalau gate East tu biasanya untuk event dan kawasan perumahan.
[2300] Sebelum balik ke Johor Baharu, sure perut dah lapar kan. Mau tak nya, dah jam 11 malam pun kan. So, singgah sekejap, makan di Warung M Nasir. Haah M Nasir penyanyi macho tu.. M Nasir adalah orang Singapore. So dia ada JV dengan orang Singapore untuk bukak restoran. Namanya Warung M Nasir. Makanan yang disedaiakan disini adalah makanan Padang Indonesia. Tapi ada jugak makanan lain. Nak tau lebih lanjut, boleh visit websitenya..
[0100] Waktu malam, Tambak Johor atau 2nd Link biasanya tak sesak. So boleh la sampai Johor Baharu awal sikit.
Tempat tempat yang dinyatakan adalah sebahagian tempat yang anda tak perlu bayar kalau anda kunjungi. Ada banyak lagi tempat yang kalau singgah, tak perlu bayar pun. Asal aja jangan melewati pintu tiket. Contohnya, Universal Studio Singapore (kalau just ambil gambar di monumen globe tu, tak perlu bayar), Garden by The Bay (boleh ambil gambar di kawasan istirehat, atau kawasan sekeliling), China Town(jalan jalan tak perlu bayar, beli barang kena bayay tau), Little India (ni pun sama, jalan jalan tak payah bayar, makan tose ke, murtabak ke, cakni ke, mesti la kena bayar), Mustafa Center (tak perlu bayar kalau just windows shopping), Bugis Street (kalau nak beli cendera hati kena bayar cash tau) dan lain lain tempat lagi...
Kalau anda berminat untuk sama sama menikmati keindahan kota metropolitan Singapore, boleh je kalau ringan ringankan jari anda untuk call atau wassap kami
No comments:
Post a Comment