Wednesday, July 18, 2018

Batam Day Tour Package

Batam Day Tour Package

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Indonesia telah banyak membagunkan beberapa kemudahan pelancongan atau wisata bagi orang orang tempatan. 

Kalau dulu, bila sebut pasal Batam je, memang orang akan fikir tentang pelancongan yang berkonsepkan shoppping sahaja. Tapi sekarang nie, ianya bukan sekadar shopping semata mata. Ianya lebih dari itu. 

Ok la, tak nak berceloteh panjang sangat. Nanti banyak sangat nak baca kan. Pakej Day Tour Batam nie kami create bagi mereka yang suka melancong tapi mempunyai limited masa. Contohnya cuti ada 3 hari je, tapi nak jalan puas puas. So nie la pakej untuk anda. 

Kalau datang ke JB atau Singapore, then ada masa sehari yang tak tau nak pergi mana, saya suggest, kita jalan jalan ke Batam 

Kita akan bertolak dari Terminal Feri Stulang Laut pada jam 0730am. Menaiki feri pertama ke Batam Center. Perjalanan akan mengambil masa 1.5 hingga 2 jam bergantung kepada keadaan cuaca pada hari tersebut. 

0900 Tiba di Batam Feri Terminal. Perjalanan 2 jam sure perut pun lapar kan? Destinasi pertama adalah untuk mengisi perut yang lapar untuk di isi dengan Cofee Awak, Downtown Nagoya. Selepas itu, kita akan ke Welocme To Batam Hill untuk ambil gambar. At least, ada bukti la jugak dah sampai di Batam kan. Kalau di Singapore, bukti yang kita pernah ke sana tu kat mana? Emmm kat Merlion Park la. Mana lagi kan

1030 Bertolak ke Jambatan Balerang. Jaraknya tak la jauh sangat. Kalau dari Welcome To Batam Hill tu lebih kurang setengah jam sampai 45 minit macam tu la. Kat Batam nie, sepanjang jalan Trans Balerang, ada 5 jambatan kesemuanya. Menghubungkan pulau pulau kecil. Last sekali menghubungkan Pulau Galang. Dimana terletaknya Vietnam Camp. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Balerang Bridge nie adalah, ambil gambar, merasai sendiri angin pantai / pulau di tengah tengah jambatan. Kalau yang pakai topi tu jaga jaga sikit, silap haribulan, topinya boleh terbang di bawa angin. Ada juga gerai di sebelum jambatan. Kalau nak beli, boleh je. Silakan 

1200 Selepas itu, kita akan kembali ke Pulau Batam untuk makan tengahari di Rumah Makan Asli Laksana Sunda. Antara menu yang menarik adalah makanan khas Sunda dengan menu seperti Karedok, Sop Buntut, Ayam Bakar, Sayur Asem, Gepuk/Empal, lalapan hingga Sambal Dadak yang diracik dari terasi khas Bandung. 

1400 Bagi yang kaki shopping, jangan lepaskan peluang untuk bershopping barangan berkualiti dibeberapa gedung membeli belah popular di Batam seperti BCS Mall, Khazanah Mall dan Lucky Plaza. 

1600 Sebelum pulang, jangan lupa membeli ole ole Batam yang sedang popular iaitu Kek Lapis Batam? Sedap ke tak? tentu la sedap. Kalau beli di Batam, tak perlu risau tentang kos bagasi compare kalau kita ke Bandung. Nak beli banyak pun tak ada masalah. Jangan banyak sangat sudah la. Banyak sangat tu, umpama kita nak niaga la pulak kan. Kalau kena tax Kastam Malaysia, pandai pandai la ya. 

1800 Last place sebelum balik ke Johor. Singgah solat di Masjid Raya Batam. Solat Zohor dan Asar sekali. Jalan jalan jugak kan, solat jangan di lupa, ok. 

Enjoy your trip

No comments:

Post a Comment