Friday, April 28, 2017

Merancang Percutian Ke Batam Bersama Accurate Travel

Akak akak dan abang abang AEON

Syarikat airline besar seperti Airasia, Tigerair, Lionair malah syarikat tempahan bilik seperti booking.com, Trivago dan sebagainya, akan mengenakan caj yang berlebihan dan kadang kadang tak masuk akal hanya kerana tempahan yang kita lakukan pada saat saat akhir. Mungkin kita dah biasa dengan Airasia, syarikat tambang murah Malaysia base, yang biasanya mengenakan harga yang lebih tinggi kalau penerbangan yang kita perlukan adalah pada hari yang sama dengan hari tempahan. Kan? 

Actually, antara sebabnya adalah tempahan pada saat akhir ini biasanya atas alasan urgent dan important. So mereka akan mengambil kesempatan dengan keadaan itu. Yang menariknya, mereka sanggup membiarkan seat tersebut kosong daripada dibeli pada harga yang murah. Memang tak adil kepada mereka yang membeli beberapa bulan yang lepas jika Airasia memberikan harga yang sama dengan last minute booking.

Hari ini, kami terpaksa menolak banyak permintaan daripada pelanggan yang ingin melawat Singapore. Kerana schedule kami untuk beberapa hari ini memang terlalu padat. Kebanyakan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kami, telah menempah 2 hingga 3 bulan yang lepas, dah seharusnya kami perlu memberikan keutamaan servis kepada mereka terlebih dahulu, walaupun ada pelanggan yang baru saja menelefon dan sanggup membayar pada harga yang tinggi. Dan, itu bukan prinsip perniagaan kami, mengaut keuntungan pada peak season, seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pemain industri, terutamanya mereka yang tidak berlesen dan orang perseorangan. 

Moralnya, adalah lebih baik, sekiranya kita ingin bercuti, dan mungkin tempat percutian itu adalah tempat percutian pertama kali yang kita lawati, rancanglah lebih awal apa yang kita ingin buat semasa tempoh percutian tersebut. Bukan apa, perkara yang kita tak rancang biasanya mempunyai kos, dan kos tersebut mungkin akan mengakibatkan budget percutian anda menjadi kacau bilau. 

Boleh je kalau nak minta bantuan daripada travel agent yang anda kenali, atau anda buat buat tanya tentang pakej (seperti yang kebanyakan orang kurang beretika lakukan), atau bertanya kepada kawan kawan atau boleh juga search di internet. 

Kalau anda teringin membawa keluarga anda, sahabat anda, ibubapa, rakan pejabat atau rombongan ditaman perumahan anda ke Singapore, kami sedia membantu anda merealisasikan impian anda. Kami buat terbaik untuk anda. Hubungi kami sekiranya anda memerlukan bantuan berkaitan dengan percutian idaman anda.

No comments:

Post a Comment